Hujan lebat di Brazil ragut 37 nyawa
RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh manakala kira-kira 5,000 lagi hilang tempat tinggal akibat hujan lebat di Brazil, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa, pada Sabtu.
Bandar raya Recife, di negeri Pernambuco, paling terjejas menyaksikan 35 orang terbunuh dan kira-kira 1,000 yang lain terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
Di negeri Alagoas, dua terbunuh dengan lebih 4,000 penduduk dipindahkan.
Menurut pihak berkuasa Air dan Iklim Pernambuco, bandar raya Recife mencatatkan curahan hujan 150 milimeter (mm) pada Sabtu, manakala curahan hujan di Camaragibe dilaporkan sebanyak 129 mm. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!