Mexico sahkan kes import pertama cacar monyet
BANDARAYA MEXICO - Pihak berkuasa kesihatan Mexico pada Sabtu mengesahkan kes import pertama cacar monyet, lapor Xinhua.
"Kes itu melibatkan individu berusia 50 tahun, penduduk tetap di New York City, yang mungkin dijangkiti virus itu di Belanda.
"Dia dalam keadaan stabil dan kini menjalani pengasingan," kata Timbalan Setiausaha Pencegahan dan Promosi Kesihatan, Hugo Lopez-Gatell. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!