Aman Nasssim nikah 6 April depan
PELAKON Aman Nassim bakal menamatkan zaman bujangnya apabila memilih 6 April ini untuk disatukan dengan gadis pilihan, Norbaizura Abd Ghani.
Aman atau nama sebenarnya Abdul Rahman Nasim, 30, telah mula mengedarkan kad undangan majlis perkahwinannya kepada pihak media hari ini.
Majlis penyatuan dua hati ini akan berlangsung di Bandar Mahkota Cheras sekali gus menyempurnakan hasrat Aman yang mahu mengikat hubungan cintanya dengan ijabkabul.
Difahamkan pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta ketika bergelar pelajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaaan (ASWARA).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!