GHL dapat kontrak RM25 juta daripada Kementerian Kewangan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - GHL Systems Bhd telah mendapat kontrak bernilai RM25.03 juta untuk mereka dan membangunkan aplikasi perisian serta perkakasan membabitkan subsidi petrol RON95.

Kontrak tersebut diperolehi melalui anak syarikatnya, GHL Transact Sdn Bhd, daripada Kementerian Kewangan, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

"Terma-terma kontrak adalah dipersetujui dan akan ditandatangani antara pihak-pihak yang terlibat," kata GHL Systems. -Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Mekanisme subsidi petrol bersasar dimuktamadkan Julai 2019

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!