15 cabang di Perak diterajui muka baharu
IPOH - Sebanyak 15 Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak diterajui pemimpin baharu sempena pemilihan 2022 yang berlangsung kali ini.
Kesemua cabang tersebut terdiri daripada Gerik, Bagan Serai, Taiping, Kuala Kangsar, Lumut, Bagan Datuk, Teluk Intan, Parit Buntar, Bukit Gantang, Tapah, Lenggong, Tanjung Malim, Ipoh Timur, Padang Rengas dan Kampar.
Empat daripadanya menang tanpa bertanding iaitu Ketua Cabang Parit Buntar, Muhammad Zuhaili Ramli; Ketua Cabang Bagan Serai, A Alphonse, Ketua Cabang Kuala Kangsar, Mohamad Hairul Amir Sabri dan Ketua Cabang Tanjung Malim, Chang Lih Kang.
Cabang Gerik, Cabang Taiping, Cabang Tapah dan Cabang Bagan Datuk menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan ketua cabang manakala 11 cabang lagi hanya membabitkan pertembungan dua penjuru.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Kapten (B) Usaili Alias kembali menerajui PKR Cabang Parit selepas menewaskan penyandangnya, Mohamad Anuar Zakaria pada pemilihan kali ini.
Menang dengan hanya majoriti tujuh menjadikan beliau veteran PKR yang berjaya kembali dalam kepimpinan di peringkat cabang berbanding beberapa pemimpin lain.
Antara yang cuba kembali menerajui Cabang termasuklah bekas Ahli Parlimen Lumut, Laksamana (B) Mohamad Imran Abd Hamid yang tewas kepada pencabarnya Abdul Razak Nazri di Cabang Lumut begitu juga bekas Pengerusi PKR Perak, Zulkifly Ibrahim yang tewas kepada Khairul Salleh Mat Isa di Cabang Ipoh Timur.
Sementara itu, dua pimpinan PKR negeri turut gagal mempertahankan jawatan masing-masing di peringkat cabang iaitu Mohamad Anuar yang merupakan Naib Pengerusi PKR Perak selepas tewas kepada Usaili di Parit begitu juga Bendahari PKR Perak, Muzaffar Shah Khairuddin tidak dapat mempertahankan jawatan Ketua PKR Cabang Teluk Intan selepas kecundang di tangan Khairul Tajudin.
ADUN Hulu Kinta yang juga Ketua Penerangan PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad menepati ramalan mengekalkan jawatan Ketua PKR Cabang Tambun apabila memperoleh 384 undi berbanding pencabarnya, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa yang mendapat 235 undi.
Pengerusi PKR negeri, Dr Lee Boon Chye dan Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk MA Tinagaran mengekalkan jawatan masing-masing sebagai Ketua PKR Cabang Gopeng dan Ketua PKR Cabang Ipoh Barat apabila menang tanpa bertanding.
Begitu juga dua lagi Naib Pengerusi PKR Perak, Baldip Singh dan Tan Kar Hing yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua PKR Cabang Kampar dan Timbalan Ketua PKR Cabang Kampar.
Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang juga turut menang tanpa bertanding bagi Ketua PKR Cabang Sungai Siput dan Ketua PKR Cabang Tanjung Malim.
Keputusan Pemilihan Cabang di Perak:
Cabang Gerik
Ketua: Ahmad Safwan Mohamad
Cabang Lenggong
Ketua: Mohamad Jamean Zulkepli
Cabang Larut
Ketua: Abdul Hamid @ A Hamid Bin Ali
Cabang Parit Buntar
Ketua: Muhammad Zuhaili Ramli
Cabang Bagan Serai
Ketua: A Alphonse
Cabang Bukit Gantang
Ketua: Ismail Din
Cabang Taiping
Ketua: Ahmad Zahid Khalid
Cabang Padang Rengas
Ketua: Mohd Khairol Iwan Mat Khairi
Cabang Sungai Siput
Ketua: S Kesavan
Cabang Tambun
Ketua: Muhamad Arafat Varisai Mahamad
Cabang Ipoh Timor
Ketua: Khairul Salleh Mat Isa
Cabang Ipoh Barat
Ketua: Datuk MA Tinagaran
Cabang Batu Gajah
Ketua: S Tamiilselvan
Cabang Kuala Kangsar
Ketua: Mohamad Hairul Amir Sabri
Cabang Beruas
Ketua: Abul Jais Ashfan Ahmed
Cabang Parit
Ketua: Kapten (B) Usaili Alias
Cabang Kampar
Ketua: Baldip Singh
Cabang Gopeng
Ketua: Dr Lee Boon Chye
Cabang Tapah
Ketua: Mohd Noorazam Shah Ahmad Afand
Cabang Pasir Salak
Ketua: Mohamad Maharani Md Tasi
Cabang Lumut
Ketua: Abdul Razak Nazri
Cabang Bagan Datuk
Ketua: R Manukaran
Cabang Teluk Intan
Ketua: Mohd Khairul Tajudin
Cabang Tanjung Malim
Ketua: Chang Lih Kang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!