Menteri Luar Rusia nafi Putin sakit

Vladimir Putin - Foto AFP
Vladimir Putin - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pada Ahad menafikan spekulasi di Barat yang mengatakan bahawa Presiden Vladimir Putin sedang sakit.

Lavrov berkata bahawa Putin yang akan berusia 70 tahun pada Oktober depan muncul di khalayak ramai pada setiap hari.

"Anda boleh menontonnya di skrin, membaca dan mendengar ucapannya," kata Lavrov dalam komen yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia seperti yang dilaporkan AFP.

Putin yang berkuasa di Rusia selama lebih dua dekad telah menghantar tentera negaranya untuk menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.

Serangan itu bukan sahaja menyebabkan sejumlah penduduk Ukraine terbunuh tetapi juga mencetuskan krisis pelarian terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua dan membawa kepada sekatan ekonomi Barat yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap Moscow. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!