Benzema mahu julang Ballon d'Or

Karim Benzema
Karim Benzema
A
A
A

PENYERANG Real Madrid, Karim Benzema merasakan dirinya layak untuk menjulang trofi Ballon d’Or selepas menamatkan musim cemerlang Los Blancos dengan merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali ke-14 pada Ahad.

Meskipun Benzema tidak mencetak sebarang gol dalam perlawanan tersebut, namun penyerang Perancis itu menutup kempen UCL selaku penjaring terbanyak dengan 15 gol keseluruhan.

“Sudah tentu saya ada memikirkan berkenaan Ballon d’Or. Selepas ini saya akan menyertai skuad kebangsaan, saya tidak fikir saya boleh melakukan lebih banyak lagi bersama kelab.

“Kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku, namun saya bangga dengan pencapaian yang dilakukan sepanjang musim ini,” kata Benzema.

Dalam pada itu, penyerang berusia 34 tahun itu menolak pandangan sesetengah pihak yang menganggap kejayaan Real Madrid menjulang trofi Eropah disebabkan faktor nasib.

Sebaliknya Benzena berpandangan, kejayaan tersebut berpunca daripada hasil kerja keras semua pihak.

“Ia bukan nasib. Anda boleh kata kami bernasib baik sekali sekala tapi tidak setiap masa.

“Kami berhak untuk memenangi piala ini. Kami sentiasa bekerja keras untuk mendapatkannya,” ujar Benzema.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!