SKM Kelantan batal 15 koperasi tidak aktif

Zainudin (tiga dari kanan) merasmikan Majlis Hari Raya dan Pelancaran Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi Peringkat Kelantan pada Isnin.
Zainudin (tiga dari kanan) merasmikan Majlis Hari Raya dan Pelancaran Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi Peringkat Kelantan pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan telah membatalkan 15 koperasi pada tahun ini yang didapati tidak aktif bermula Januari hingga Mei.

Pengarahnya, Zainudin Mohamed berkata, pembatalan itu melibatkan koperasi yang tidak aktif melebihi tiga tahun di negeri ini selain gagal dijejak oleh SKM.

"Tidak aktif itu bermaksud koperasi tersebut tidak menjalankan aktiviti dan mesyuarat. Bukan itu sahaja, akaun juga tidak diaudit.

“Sebelum membuat pembatalan sepenuhnya, SKM Kelantan memberi tempoh selama enam bulan untuk mereka adakan sebarang aktiviti melalui program pemulihan” katanya.

Sebelum itu beliau merasmikan Majlis Hari Raya dan Pelancaran Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi Peringkat Kelantan pada Isnin.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 650 daripada 939 koperasi yang masih aktif.

Beliau berkata, mereka yang aktif ketika ini diingatkan supaya mengikuti segala peraturan yang ditetapkan oleh SKM Kelantan.

Zainudin berkata, tindakan itu bagi mengelakkan tindakan perundangan dikenakan ke atas koperasi terbabit.

"SKM akui serangan Covid-19 lalu memberikan kesan yang buruk kepada seluruh peringkat tidak terkecuali koperasi.

"Ada koperasi terpaksa menutup sementara operasi mereka atau mengubah haluan disebabkan pandemik Covid-19," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!