Itali siap siaga hadapi ancaman serangan siber 'Killnet'
ROME - Itali mengambil langkah berjaga-jaga selepas kumpulan penggodam pro-Rusia 'Killnet' yang mendakwa ia akan melancarkan serangan siber pada Isnin sehingga mengakibatkan kerosakan 'tidak dapat dipulihkan' di negara itu.
Killnet telah melancarkan beberapa serangan terhadap institusi awam Itali sejak beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk di laman web Senat dan kementerian pertahanan.
Pendakwa raya Rom sedang menyiasat serangan siber itu, lapor agensi berita Itali (ANSA).
Kerajaan Itali menyokong sekatan yang dikenakan negara Barat ke atas Rusia susulan operasi ketenteraannya ke atas Ukraine serta memberi sokongan kepada Kyiv, termasuk bantuan ketenteraan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!