Usaha realisasi prinsip, tonggak digariskan Panglima Tentera Darat

Muhammad Hafizuddeain menyempurnakan acara Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun PMBTD Ke-41, di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, 27 Mei lalu.
Muhammad Hafizuddeain menyempurnakan acara Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun PMBTD Ke-41, di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, 27 Mei lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Anggota Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) diminta melipatgandakan usaha dan komitmen berterusan dalam merealisasikan tiga prinsip dan lima tonggak digariskan oleh Panglima Tentera Darat Ke-28, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain.

Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, tiga prinsip tersebut ialah melaksanakan perkara yang harus dilakukan, lakukan apa yang dikata akan dilaksanakan, dan laksanakan apa yang betul.

Lima tonggak yang digariskan ialah kelangsungan misi dan kesiagaan, memperkasakan keutuhan organisasi, pelestarian kesejahteraan warga, pengukuhan perhubungan pertahanan, dan peningkatan hubungan tentera darat dengan awam.

"Pasukan itu perlu berada di tahap kesiagaan tertinggi setiap masa bagi memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara," katanya ketika berucap sempena Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun PMBTD Ke-41, di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada 27 Mei lalu.

Muhammad Hafizuddeain (berdiri, tiga dari kanan) beramah mesra bersama annggot PMBTD semasa acara Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun PMBTD Ke-41, di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, 27 Mei lalu.
Muhammad Hafizuddeain (berdiri, tiga dari kanan) beramah mesra bersama annggot PMBTD semasa acara Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun PMBTD Ke-41, di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, 27 Mei lalu.

Menurutnya, warga PMBTD turut digesa menghayati akronim S.E.L.A.D.A.N.G yang membawa maksud siaga, etos, lestari, adaptasi, diplomasi, amanah, nilai, dan gemilang.

Hadir sama pada acara tersebut ialah bekas Panglima Tentera Darat dan PMBTD iaitu Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim, Leftenan Jeneral Datuk Azizan Mat Delin dan Leftenan Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami.

Turut berlangsung semasa perbarisan ialah acara penyampaian Sijil Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2021 kepada emoat pegawai dan enam anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta empat Kakitangan Awam KEMENTAH yang berkhidmat di bawah PMBTD.

Perbarisan sempena lebih empat dekat penubuhan pasukan berkenaan yang bermula pada 5 Mei 1981 itu membabitkan seramai 12 orang pegawai dan 522 anggota.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!