Ujian misil di Laut China Selatan dirakamkan dari kokpit pesawat
BEIJING - Satu rakaman video dari kokpit sebuah pesawat merakamkan ujian sebuah misil yang sedang bergerak di Laut China Selatan baru-baru ini.
Misil itu dipercayai dilancarkan dari sebuah kapal selam tentera China.
Rakaman itu disiarkan menerusi media sosial.
Menurut seorang juruterbang Allegiant Air, John Carter ketika kejadian, sebuah pesawat Boeing 777 Cathay Pacific sedang terbang di atas Laut China Selatan.
Katanya, anak kapal pesawat itu kemudian menerima panggilan daripada pihak kawalan trafik udara yang memberitahu mereka untuk mengubah haluan dengan serta-merta.
Pesawat itu terpaksa mengubah haluan bagi mengelakkan ia terkena misil itu dipercayai JL-3 yang dilancarkan dari kapal selam nuklear jenis 094 tentera laut China.
Seorang penganalisis kapal selam dan senjatal, H. I. Sutton dilaporkan berkata rakaman video itu boleh dipercayai.
Namun, setakat ini, tarikh sebenar ujian misil itu dilancarkan dan lokasinya tidak didedahkan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!