Chelsea sah milik konsortium Boehly

Konsortium Boehly berjaya melengkapkan pengambilalihan Chelsea daripada Abramovich.
Konsortium Boehly berjaya melengkapkan pengambilalihan Chelsea daripada Abramovich.
A
A
A

KONSORTIUM diketuai pemilik bersama Los Angeles Dodgers, Todd Boehly sah menjadi pemilik baharu Chelsea selepas berjaya melengkapkan pengambilalihan kelab Liga Perdana daripada Roman Abramovich pada harga £4.25 bilion (RM23.5 bilion).

Boehly yang kini memegang jawatan sebagai pengerusi konsortium itu berkata, pihaknya kini meletakkan sasaran untuk mencontohi kejayaan Chelsea semasa era Abramovich, memiliki 19 trofi utama termasuk lima gelaran Liga Perdana dan dua mahkota Liga Juara-Juara.

“Kami berbesar hati untuk menjadi penjaga baharu kelab bola sepak Chelsea. Kami akan beri komitmen 100 peratus, setiap minit dan setiap perlawanan.

“Visi kami sebagai pemilik adalah jelas, kami mahu membuat peminat bangga seiring dengan komitmen kami untuk membangunkan skuad remaja dan memperoleh bakat terbaik.

“Rancangan kami adalah untuk melabur dalam kelab bagi tempoh jangka panjang dan membina sejarah kejayaan cemerlang buat Chelsea,” katanya.

Pengambilalihan Chelsea oleh Boehly sekali gus menamatkan pemilikan 19 tahun Abramovich sebagai pemilik Chelsea selepas membelinya pada tahun 2003.

Billionaire Rusia itu sebelum kini meletakkan Chelsea itu untuk dijual pada Mac selepas dia disekat oleh kerajaan British kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin berikutan pencerobohan Ukraine.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!