Sasterawan negara, Zaharah Nawawi meninggal dunia

Zaharah Nawawi
Zaharah Nawawi
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sasterawan, Zaharah Nawawi disahkan meninggal dunia di Hospital KPJ Rawang sekitar jam 7.55 pagi pada Selasa.

Berita pemergian Zaharah, 82, itu dikongsikan oleh anak saudaranya, Fadhil Jaffar melalui satu hantaran di Facebook miliknya.

Allahyarhamah dipercayai meninggal dunia setelah bertarung melawan penyakit barah yang dihidapinya.

“Pagi tadi baru dapat perkhabaran dukacita, kami baru kehilangan mak cik yang disayangi.

“Alhamdulillah, dua minggu lepas sempat kami datang menziarah, terpancar senyuman dan kegembiraan dalam menahan kesakitan.

“Melihat generasi dan legasi sekarang walaupun sekadar menumpang kasih sayang anak dan cucu-cucu sedara,” katanya.

Fadhil turut menyifatkan Allahyarhamah seorang yang disenangi, kuat berfalsafah dan juga antara insan yang banyak memberi inspirasi kepada keluarga atas kejayaan semasa hayat beliau.

“Zaharah Nawawi, seorang mak cik yang disenangi dan kuat berfalsafah. Antara seorang yang berjaya dalam kalangan adik beradik arwah ayah.

“Banyak memberi inspirasi atas kejayaan beliau yang banyak mendapat pengiktirafan, novelis tersohor dan sasterawan disegani, namun terselit juga kisah duka di sebalik suka.

“Buat makcik Zahrah, moga ALLAH SWT ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya.

“Semoga mak cik Zahrah ditempatkan bersama-sama kalangan orang yang beriman,” luahnya.

Difahamkan, jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang ke kediamannya di USJ, Subang Jaya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!