PM hadir sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan

Ismail Sabri (duduk, tengah) menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitiri Kementerian Belia dan Sukan pada Selasa. - Foto Bernama
Ismail Sabri (duduk, tengah) menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitiri Kementerian Belia dan Sukan pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Ketibaan Ismail Sabri disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin turut hadir.

Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran legenda bola sepak Datuk Santokh Singh, bekas jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei, warga sukan dan atlet negara. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!