Malaysian Tigers raih kemenangan pertama Super 4 Piala Asia
SKUAD negara melakar kemenangan pertama dalam aksi ‘Super 4’ pada Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia apabila membelasah Jepun 5-0 sebentar tadi
Dalam aksi di Stadium Hoki Gelora Bung Karno itu, Malaysia di depan menerusi gol padang yang dijaringkan Shello Shiverius pada minit ke-15 diikuti gol Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi pada minit ke-30 untuk meletakkan pasukan negara selesa mendahului separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua, anak-anak buah Arul Selvaraj terus garang apabila menambah dua lagi jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-35 diikuti Muhammad Syafiq Hassan untuk meletakkan Malaysian Tigers mendahului dengan empat gol.
Pada suku terakhir permainan, Malaysia berjaya menambah satu lagi gol padang menerusi Mohamad Ashran Hamsani pada minit ke-42 sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya 5-0 skuad Malaysian Tigers.
Malaysia kini hanya perlu menunggu keputusan di antara India dan Korea sekiranya mahu beraksi di pentas akhir Piala Asia 2021.
Sekiranya salah satu pasukan itu tewas, Malaysia dijangka bertemu pemenang perlawanan tersebut di pentas final.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!