Enam GRO leka layan pelanggan diberkas

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai enam gadis disyaki pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang sedang leka melayan pelanggan di sebuah pusat hiburan di Desa Sri Hartamas di sini ditahan dalam serbuan pada Selasa.

Operasi kira-kira jam 10.15 malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, empat wanita warga Filipina dan dua wanita warga Indonesia itu berusia lingkungan 27 hingga 44 tahun.

"Kita turut menahan seorang lelaki disyaki pengurus premis menggaji wanita terbabit dengan kadar RM100 hingga 130 sejam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit bekerja di premis itu sejak dua bulan lalu.

"Kita turut memeriksa seramai 13 pelanggan dan tiga pekerja dalam operasi itu," katanya.

Habibi berkata, kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6 (1) (c) akta sama.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!