Kolaborasi Sinar, UPF perjuangkan nilai kekeluargaan, keamanan dan keharmonian

Muhammad Nasir (lima dari kanan) menerima cenderamata daripada Masaichi yang mewakili pihak UPF di di Kompleks Karangkraf, di sini pada Selasa.
Muhammad Nasir (lima dari kanan) menerima cenderamata daripada Masaichi yang mewakili pihak UPF di di Kompleks Karangkraf, di sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian bersama Persekutuan Keamanan Sejagat (UPF) menjalinkan kolaborasi dalam usaha mempromosi dan memperjuangkan nilai kekeluargaan, keamanan serta keharmonian sejagat.

Pengerusi Bersama UPF, Masaichi Hori berkata, UPF yang berfungsi sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempunyai nilai-nilai teras dengan menfokuskan usaha menyelesaikan isu kritikal dunia, menyebarkan makna dan nilai cinta sejati serta harmoni dan perpaduan.

Masaichi Hori
Masaichi Hori

Menurutnya, kerjasama dengan media mampu berperanan dalam mengukuhkan pengaruh nilai murni kepada masyarakat dan dunia kerana media adalah jendela kepada dunia.

“Banyak NGO lain yang turut memperjuangkan nilai-nilai murni, hubungan kekeluargaan yang kukuh dan masyarakat bebas rasuah tetapi mempunyai batasan.

“Sebab itu jalinan kerjasama antara media untuk menyampaikan suara majoriti adalah penting,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau turut berkongsi, meskipun secara luaran Jepun dikenali sebagai antara negara maju di dunia, tetapi nilai dalamannya masih terjejas.

“Pemikiran komunis dan sayap kiri kuat di Jepun. Ini merendahkan nilai kekeluargaan dan keruntuhan kehidupan bagi tiga generasi. Ramai penduduk Jepun tinggal bersendirian atau yang berpasangan dengan hanya seorang anak.

“Masalah yang sama berlaku di banyak negara, jadi penting untuk NGO bekerjasama dengan media bagi mempromosikan nilai kekeluargaan, keamanan dan keharmonian,” jelasnya.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Abdul Rahman; Pengarah UPF Asia Tenggara, Dr Julius Malicdem; Presiden UPF Malaysia, Profesor Sudesh G Balasubramaniam; Pengarah Perhubungan Kebangsaan UPF Malaysia, Lai Peng Keong; Timbalan Presiden UPF Malaysia, Joachim Ng dan Presiden Women's Federation for World Peace Malaysia, Lina Cheng.

Sementara itu, Sudesh berkata, UPF Malaysia kini banyak tertumpu pada usaha mempromosikan ‘selfless leadership’ atau etika kepimpinan yang mengutamakan manfaat individu lain sebelum dirinya untuk mencapai matlamat bersama.

Katanya, kebanyakan pemimpin kini cenderung memikirkan kepentingan diri sendiri semata-mata untuk memperoleh keuntungan.

Sudesh Balasubramaniam
Sudesh Balasubramaniam

“Justeru, nilai kebudayaan perlu diterap dalam kalangan masyarakat terutamanya anak muda dan kita tidak boleh melakukannya secara bersendirian, sebaliknya ia memerlukan kerjasama untuk menyelamatkan negara kita.

“Kita bimbang jika sudah tiada nilai itu, pada akhirnya, kita mungkin akan menjadi seperti beberapa negara yang ada masalah moral yang tinggi, transgender atau berlakunya perkahwinan kaum sejenis,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!