Lebih 10,000 produk kekal RM2 di MR. DOLLAR
SHAH ALAM - Anak syarikat MR D.I.Y Group (M) Berhad, MR DOLLAR yang merupakan peruncit harga tetap akan mengekalkan harga RM2 melibatkan lebih 10,000 produk popular mereka.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y, Alex Goh berkata, MR DOLLAR memahami keadaan rakyat pada hari ini yang berdepan dengan pelbagai isu dan memberi kesan pada rantaian bekalan global seperti kenaikan harga oleh peruncit tidak dapat dielakkan.
“Bagaimanapun, dengan analisis data yang ketat serta hubungan baik secara langsung kami dengan pengilang global, MR. DOLLAR komited untuk mengekalkan harga RM2 pada lebih 10,000 barangan harian.
“Ini merupakan salah satu cara kami membantu rakyat Malaysia dengan memberi lebih nilai di samping membantu mereka berjimat-cermat agar mereka yakin untuk berbelanja demi memenuhi keperluan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, MR. DOLLAR menawarkan pelbagai rangkaian produk dalam 10 kategori seperti coklat dan manisan, kudapan dan biskut, bahan masakan dan barangan runcit.
“MR DOLLAR juga menawarkan minuman, produk bakeri, makanan sejuk beku, perkakasan dan alat tulis, mainan dna barangan sukan yang semuanya berharga RM2 atau RM5,” katanya.
Selain barangan makanan dan minuman dan keperluan rumah, MR. DOLLAR turut menawarkan keperluan perlindungan peribadi seperti pelitup muka, pensanitasi tangan, pelindung muka, disinfektan, dan kit ujian Covid-19 dengan harga rendah.
Pada April 2022, MR. DOLLAR menegaskan untuk tidak menaikkan harga barangan di cawangan-cawangan mereka dalam kempen ‘Harga Kami Tetap Sama’ dengan menyatakan bukan masanya untuk menaikkan harga barangan kepada pengguna.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!