Conte yakin Perisic perkuat Spurs

A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte yakin kehadiran bintang Croatia, Ivan Perisic mampu memperkuatkan lagi skuad kendaliannya itu bagi mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.

Malah Conte turut percaya, Perisic mampu mempertajamkan jentera serangan Spurs dan menjadikannya sebagai antara yang digeruni kelak.

“Saya tahu kemampuan dia (Perisic), kerana kami pernah bersama di Inter Milan sebelum ini dan bagi saya dia sememangnya seorang pemain yang baik.

“Cuma apa yang penting adalah dia perlu sentiasa percaya kepada dirinya dan sentiasa konsisten dalam setiap perlawanan yang diharungi kelak.

“Lagi pun, siangan EPL sememangnya diketahui sebagai antara saingan liga bola sepak paling mencabar di dunia,” katanya.

Untuk rekod, Perisic sudah pun melengkapkan perpindahan secara percuma (free transfer) daripada Inter Milan dan kini difahamkan pemain berusia 33 tahun itu kini difahamkan sedang menjalani pemeriksaan perubatan.

Perisic juga diberitakan sudah menandatangani kontrak selama dua tahun dengan skuad The Lilywhites itu.

Sementara itu Conte berharap agar Perisic dapat segera menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan bagi memudahkannya untuk merencana percaturan taktikal bagi mengharungi musim baharu EPL, tidak lama lagi.

“Setakat ini dia (Perisic) kelihatan gembira dan saya harap perkara itu berterusan selepas ini.

“Ketika ini apa yang penting adalah untuk kita memantapkan lagi persefahaman dalam kalangan pemain,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!