Traveloka lancar GOverseas

Traveloka
Traveloka
A
A
A

MENYEDARI peningkatan perjalanan domestik dan luar negara sejak pembukaan sempadan tahun lalu, Traveloka bekerjasama dengan rakan kongsi superapp pengembaraan dalam segmen penerbangan, hotel dan tempat tarikan pelancong untuk melaksanakan GOverseas: International Travel Fiesta.

Pengurus Negara Traveloka Malaysia, Angelica Chan berkata, program ini dianjurkan untuk menawarkan rakyat Malaysia diskaun sehingga RM1,335 untuk tiket penerbangan, hotel dan tempat tarikan pelancong antara 31 Mei dan 6 Jun 2022.

“Inovasi telah menjadi sebahagian besar DNA Traveloka. Memandangkan Malaysia mempunyai kadar penembusan telefon pintar sebanyak 88.48 peratus, maka memang wajar untuk menyemarakkan kembali semangat pengembaraan di kalangan rakyat Malaysia secara digital.

"Melalui superapp pengembaraan Traveloka dan laman web kami, kami membolehkan pengembara untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting tentang perkara yang boleh mereka lakukan di luar negara dan tentang keperluan Covid-19 negara-negara tersebut selain mendapatkan tawaran hebat,” katanya.

Chan menambah bahawa untuk memadankan corak baharu yang muncul di kalangan pengembara ini, Traveloka akan mengetengahkan tawaran destinasi antarabangsa yang terkenal dan pengembara boleh mendapatkan tawaran yang lebih hebat semasa sesi jualan kilat harian GOverseas Fiesta pada jam 9 malam hingga 12 pagi.

Superapp pengembaraan itu juga akan memberi ganjaran kepada para pengembara melalui kupon gabungan penerbangan sehingga RM25, apabila mereka mengambil bahagian dalam misi GOverseas dalam aplikasi.

Traveloka juga akan melancarkan live stream secara langsung terutamanya untuk destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia seperti Indonesia, Korea Selatan dan Thailand.

Selain itu, pengembara juga boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai keperluan Covid-19 bagi destinasi yang ingin dituju di bawah tab Notis Penting Traveloka.

Salah satu rakan kongsi penerbangan Traveloka GOverseas: International Travel Fiesta, Malaysia Airlines turut teruja untuk turut serta pengembaraan menarik rakyat Malaysia sekali lagi.

“Memandangkan momentum permintaan untuk perjalanan ke luar negara telah kembali, kami telah menambah destinasi baharu pada rangkaian luas kami bermula dengan penerbangan terus ke Doha, Qatar dan laluan akan datang ke Haneda, Jepun," katanya.

Manakala mengenai penginapan warga Malaysia di luar negara, Swiss-Garden International sekali lagi bersedia menerima kunjungan rakyat Malaysia di luar negara dengan layanan terbaik melalui jenama tempatan ini, serta bersedia memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menetapkan penanda aras yang lebih tinggi untuk mencapai kecemerlangan perkhidmatan bagi pasaran antarabangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!