Pemilihan PKR: Tempoh bantahan pencalonan bermula esok
KUALA LUMPUR -- Tempoh bantahan bagi pencalonan pemilihan PKR akan dibuka bermula esok hingga 3 Jun manakala tempoh rayuan akan bermula pada 4 hingga 6 Jun.
Tempoh itu melibatkan pencalonan bagi ahli majlis pimpinan pusat (Ahli MPP), Ahli majlis pimpinan angkatan Muda keadilan pusat (Ahli MPAMKP) dan Ahli majlis pimpinan wanita pusat (Ahli MPWP).
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR, Dr Zaliha Mustafa dalam satu pekeliling pada Rabu turut memaklumkan senarai calon akan dimuktamadkan pada 7 Jun.
Katanya, setiap bantahan perlu didahulukan dengan yuran bantahan RM50 beserta lampiran bukti yang berkenaan melalui aplikasi ADIL, dan sebarang bantahan tanpa bayaran yuran akan ditolak secara automatik.
"Segala urusan dan perjalanan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) adalah menurut Peraturan Pemilihan dan Tatacara Pemilihan Parti pindaan 21 Feb 2022,” katanya dalam pekeliling itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!