Bubar Parlimen: PM ulangi kenyataan tidak lewatkan walau sesaat

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap di Konvensyen Barisan Nasional 2022 dan Sambutan Ulang Tahun Barisan Nasional ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Rabu. - Foto Bernama
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap di Konvensyen Barisan Nasional 2022 dan Sambutan Ulang Tahun Barisan Nasional ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak akan melewatkan walau sesaat pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya Barisan Nasional (BN) sudah bersedia.

Ismail Sabri berkata, ia adalah sepertimana yang telah dipersetujui dan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas.

"Saya sebutkan bahawa apabila kita sudah siap siaga, saya tidak akan melewatkan walau sesaat pun untuk membubarkan Parlimen. Seperti yang telah dipersetujui oleh Perhimpunan Agung UMNO bahawa saya akan bincang dengan top five dalam UMNO.

"Dan hari ini, saya setuju kita akan bincang dengan kepimpinan BN dalam menentukan tarikh (pembubaran Parlimen),” katanya ketika berucap di Konvensyen BN bersempena sambutan ulang tahun ke-48 gabungan politik itu di sini, pada Rabu.

Top Five merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!