Speedy Tigers kedua terbaik Asia

Antara aksi menarik The Speedy Tigers menentang Korea Selatan dalam perlawanan akhir Piala Asia 2022 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu.
Antara aksi menarik The Speedy Tigers menentang Korea Selatan dalam perlawanan akhir Piala Asia 2022 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu.
A
A
A

HASRAT The Speedy Tigers untuk menjulang kejuaraan Piala Asia 2022 tidak kesampaian apabila terpaksa akur kehebatan Korea Selatan setelah tunduk 1-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu.

Anak buah Arul Selvaraj yang tampil meneruskan momentum positif ketika menewaskan Jepun 5-0 di pentas Super 4 sebelum ini bagaimanapun tersentak dengan jaringan gol padang pemain Korea Selatan, Jung Manjae pada minit ke-17.

The Speedy Tigers kembali memperkemaskan permainan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang jaringan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pada minit ke-25.

Gol itu menyaksikan perlawanan kembali seimbang antara kedua-dua pasukan, namun tuah ternyata milik Korea Selatan yang berjaya memanfaatkan peluang menjaringkan gol hasil jaringan gol padang Hwang Taeil pada minit ke-52.

Anak buah Arul Selvaraj selepas ini akan melakukan persediaan bagi saingan Piala Dunia 2023 pada Januari tahun depan selepas skuad negara mengesahkan slot secara merit dalam kelompok empat terbaik Piala Asia 2022.

PIALA ASIA

Karachi 1982

Pakistan

Dhaka 1985

Pakistan 3–2 India

New Delhi 1989

Pakistan 2–0 India

Hiroshima 1994

Korea Selatan 1–0 India

Kuala Lumpur 1999

Korea Selatan 5–4 Pakistan

Kuala Lumpur 2003

India 4–2 Pakistan

Chennai 2007

India 7–2 Korea Selatan

Kuantan 2009

Korea Selatan 1–0 Pakistan

Ipoh 2013

Korea Selatan 4–3 India

Dhaka 2017

India 2–1 Malaysia

Jakarta 2022

Korea Selatan 2–1 Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!