Empat terbunuh insiden tembakan di Oklahoma

Empat orang terbunuh di bandar barat tengah Tulsa, Oklahoma dalam kejadian tembakan di sebuah hospital tempatan. - Foto Reuters
Empat orang terbunuh di bandar barat tengah Tulsa, Oklahoma dalam kejadian tembakan di sebuah hospital tempatan. - Foto Reuters
A
A
A

WASHINGTON - Empat orang terbunuh di bandar barat tengah Tulsa, Oklahoma dalam kejadian tembakan di sebuah hospital tempatan, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik polis pada Rabu.

Polis berkata, pihaknya menerima satu panggilan mengenai insiden tembakan di Bangunan Natalie di kampus Hospital St Francis pada 4.52 petang waktu tempatan (2152 GMT), dan pegawai tiba di lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.

"Setakat ini empat orang awam dan seorang penembak maut." kata Timbalan Ketua Polis Eric Dalgleish kepada pemberita.

Polis turut menemukan selaras senapang panjang dan sepucuk pistol di tempat kejadian dan percaya senjata itu telah digunakan suspek.

Suspek dipercayai maut akibat menembak diri sendiri.

Polis berkata, identiti suspek belum dapat disahkan namun siasatan awal mendapati penembak seorang lelaki kulit hitam berumur antara 35 hingga 40 tahun.

Butiran lanjut mengenai motif kejadian tidak dimaklumkan.

Kejadian berlaku ketika bandar itu menyambut ulang tahun ke-101 tragedi pembunuhan Tulsa, yang menyasarkan penduduk kulit hitam. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!