Enam individu selamat dalam kebakaran
KLANG - Enam individu termasuk warga asing terselamat dalam kebakaran memusnahkan sebuah rumah dan tiga buah kereta dalam kejadian di Kampung Haji Mohd Shariff, Meru, di sini awal pagi Khamis.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kesemua mereka sempat menyelamatkan diri selepas menyedari api merebak.
"Sepasukan 20 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, Sungai Pinang, Kota Anggerik dan Andalas dikejarkan ke lokasi. dan tiba pada jam 4.39 pagi.
"Sebaik tiba pada jam 4.39 pagi didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dan tiga buah kereta Nissan Cefiro, Nazaria dan Chevrolet," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tambah beliau, bomba berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak dan punca masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!