Cacar monyet: JKNK pantau pintu sempadan Malaysia-Thailand

Dr Zaini (kiri) bersama Dr Izani (tengah) pada Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Kota Bharu Medical Centre (KBMC) di Lundang pada Khamis.
Dr Zaini (kiri) bersama Dr Izani (tengah) pada Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Kota Bharu Medical Centre (KBMC) di Lundang pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) meningkatkan pemantauan di tiga pintu masuk utama ke negeri ini di sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha mengekang penularan penyakit cacar monyet.

Langkah itu susulan sempadan darat antara Malaysia-Thailand di negeri ini sudah dibuka sejak 1 Mei lalu.

Jangkitan penyakit tersebut telah direkodkan di Thailand melibatkan seorang penumpang dalam perjalanan dari Eropah yang transit di lapangan terbang antarabangsa Bangkok dan dikesan mengalami gejala.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Husin berkata, walaupun tiada kes jangkitan itu dikesan di negeri ini namun pihaknya sentiasa berwaspada dengan perkara tersebut.

“JKNK sentiasa mengarahkan klinik-klinik kesihatan untuk membuat pemantauan berkait dengan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Kota Bharu Medical Centre (KBMC) di Lundang pada Khamis.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Thailand merekodkan kes pertama cacar monyet atau monkeypox, apabila seorang penumpang dalam perjalanan dari Eropah yang transit di lapangan terbang antarabangsa di Bangkok selama kira-kira dua jam ke Australia, dikesan mengalami gejala, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Thailand.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!