Rudd tiada tekanan berdepan Cilic

Rudd. - Foto EPA
Rudd. - Foto EPA
A
A
A

PEMAIN pilihan kelapan dari Norway, Casper Rudd yakin dia tidak berdepan tekanan berbanding pemenang Grand Slam, Marin Cilic pada aksi separuh akhir Terbuka Perancis pada Jumaat.

Rudd juga yakin pemain Croatia pasti berdepan tekanan hebat pada aksi separuh akhir selain atas faktor kepenatan selepas berhempas pulas menewaskan pemain muda Denmarak, Holger Rune di suku akhir, Rabu lalu.

“Saya percaya perlawanan separuh akhir nanti pastinya sukar buat saya kerana Cilic dilihat berada prestasi terbaiknya di Roland Garros ketika ini.

“Laluannya ke separuh akhir juga menyaksikan dia menewaskan ramai pemain handalan dunia.

“Oleh itu, aksi di separuh akhir nanti pastinya berlangsung sengit kerana saya tahu dia (Cilic), mahu memastikan dirinya beraksi di pentas final kali ini,” katanya.

Untuk rekod, dalam laluannya ke separuh akhir Cilic, 33, telah menewaskan pemain ranking kedua keempat dunia, Stefanos Tsitsipas, sebelum menewaskan pilihan ketujuh, Andrey Rublev dan terbaru menewaskan Rune di separuh akhir.

Mengulas lanjut, Rudd berkata, dia sebenarnya sudah bersedia untuk berdepan dengan Cilic pada aksi separuh akhir berkenaan dan beraksi di pentas final Terbuka Perancis kali ini.

Katanya, biarpun kurang berpengalaman beraksi di beberapa pentas final selain memenangi gelaran Grand Slam, namun dia percaya mampu memberikan tentangan sengit kepada Cilic pada aksi separuh akhir itu.

“Kurang 48 jam dari sekarang, saya akan berdepan Cilic, pemain yang berpengalaman..oleh itu, saya perlu berikan segala-galanya untuk memastikan kemenangan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!