Misteri kehilangan suami terungkai

Keadaan dari luar rumah suspek.
Keadaan dari luar rumah suspek.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat yang ditanam di belakang rumahnya di Bandar Baru, Putera Indah Tongkang Pechah, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang semalam, satu pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah melakukan serbuan ke rumah suspek.

"Serbuan ini susulan laporan kehilangan seorang lelaki berumur 37 tahun oleh isterinya sejak 18 Mac lalu.

"Pada 22 Mac lalu kira-kira jam 10.15 pagi, isteri mangsa telah pergi ke rumah ibu mertuanya di Taman Soga untuk mencari suaminya dan dia telah dimaklumkan suaminya telah keluar dari rumah sejak 18 Mac lalu kira-kira jam 9 malam," katanya,.

Menurutnya, isteri mangsa kemudian telah membuat satu laporan polis setelah suaminya gagal ditemui.

Bertindak atas maklumat awal, satu serbuan telah dilakukan ke atas rumah suspek yang merupakan seorang anggota polis.

Katanya, hasil pemeriksaan dengan disaksikan suspek, pasukan serbuan telah menjumpai satu timbunan tanah merah di bahagian belakang rumah suspek dan pemeriksaan seterusnya telah menjumpai mayat dipercayai mangsa yang dilaporkan hilang ditanam di kawasan berkenaan.

"Sehingga sekarang, siasatan di tempat kejadian masih dijalankan oleh Bahagian Forensik Muar dengan bantuan Bahagian Patalogi Forensik Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB).

Artikel Berkaitan:

"Suspek telah ditangkap untuk membantu siasatan dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!