Syukur dapat peluang kedua

Ashraf bersyukur mendapat peluang kedua menunaikan ibadah haji dan sudah melakukan persiapan sepenuhnya.
Ashraf bersyukur mendapat peluang kedua menunaikan ibadah haji dan sudah melakukan persiapan sepenuhnya.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang pemuda menyifatkan peluang kedua diterimanya untuk menunaikan haji sebagai rezeki terbesar dalam hidupnya.

Ashraf Shafik Basarudin, 29, berkata, dia ditawarkan menunaikan ibadah itu kali pertama pada tahun 2020 namun tidak dapat melaksanakannya akibat Covid-19.

menyifatkan ia rezeki terbesar buatnya walaupun dalam tempoh sama mengakui gementar pergi seorang diri.

"Ketika itu saya reda dan anggap tiada rezeki namun bersyukur bila nama terpilih sekali lagi

"Buat masa ini segala persediaan sudah dilakukan dan bersedia bersama jutaan umat Islam lain yang terpilih tahun ini," katanya akan berangkat ke Tanah Suci Ahad ini.

Anak tunggal dari Temerloh itu berkata, kedua ibu bapanya sudah menunaikan ibadah haji ketika dia masih bersekolah dan dia mendaftar untuk menunaikan ibadah tersebut pada 2010.

Ashraf yang merupakan bekas doktor itu kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang pengaturcaraan di sebuah kolej swasta dan berharap urusan ibadahnya berjalan lancar.

"Saat menjalani ibadah haji nanti, saya nak mohon doa supaya segera dapat kerja dan jodoh yang baik," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!