Warga emas hilang enam hari ditemui meninggal dunia

Chan Kwan Yin hilang sejak enam hari lalu ditemui meninggal dunia di kawasan lapang di Pasir Bakar Batu, Taman Sutera, Perling
Chan Kwan Yin hilang sejak enam hari lalu ditemui meninggal dunia di kawasan lapang di Pasir Bakar Batu, Taman Sutera, Perling
A
A
A

JOHOR BAHRU - Misteri kehilangan seorang warga emas sejak enam hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui terdampar di kawasan lapang di Pasir Bakar Batu, Taman Sutera, Perling di sini pada Rabu.

Mayat guru sekolah memandu, Chan Kwan Yin, 77, ditemui pada jam 3.20 petang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Kereta milik lelaki berkenaan juga ditemui di tempat kejadian. Laporan bedah siasat mengesahkan mangsa mengalami beberapa komplikasi kesihatan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan kehilangan Kwan Yin yang tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Skudai di sini pada Sabtu dan kejadian tersebut tular di media sosial.

Kali terakhir ahli keluarga bertemu warga emas itu pada jam 7.30 pagi Sabtu ketika dia meninggalkan rumah untuk bekerja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!