Tiga lelaki ditahan jual hidupan liar, miliki senjata api

Polis merampas senjata api buatan sendiri dan pelbagai jenis burung turut dirampas dalam empat serbuan berasingan di Perak pada Selasa dan Rabu.
Polis merampas senjata api buatan sendiri dan pelbagai jenis burung turut dirampas dalam empat serbuan berasingan di Perak pada Selasa dan Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai tiga lelaki disyaki terlibat dengan sindiket menjual hidupan liar tanpa lesen dan pemilikan senjata api buatan sendiri diberkas dalam empat serbuan berasingan di Bukit Merah dan Gerik, Perak pada Selasa dan Rabu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 44 tahun dalam serbuan di Bukit Merah.

"Kira merampas sejumlah 72 ekor burung murai batu dan 47 sangkar burung yang dianggarkan bernilai RM694,500," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Hazani berkata, dalam serbuan berasingan, dua lelaki warga Thailand berusia 33 dan 37 tahun ditahan di Gerik.

"Kita merampas empat ekor burung pelbagai jenis, tiga laras senjata antaranya senapang patah serta pistol.

"Lima busur panah silang, 25 butir peluru penabur dan satu beg plastik lut sinar disyaki daun ketum anggaran 300 gram, keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM23,000," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan IPD Gerik, Perak untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960, Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!