Terima kasih Juan Mata

Juan Mata - Foto AFP
Juan Mata - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN tengah Manchester United, Juan Mata akan mengikuti jejak langkah Paul Pogba dan Jesse Lingard meninggalkan Old Trafford apabila kontraknya berakhir pada akhir bulan ini, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain Sepanyol berusia 34 tahun tersebut berpindah ke Manchester United dari Chelsea pada Januari 2014 membuat 285 penampilan, memenangi Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa sepanjang tempoh lapan tahun.

Mata menjaringkan 51 gol dan 47 bantuan gol untuk The Red Devils, namun gagal secara konsisten mengulangi prestasi yang menjadikannya sebahagian penting dalam bahagian serangan Chelsea sebelum ini.

"Juan, terima kasih kerana mendedikasikan lapan tahun kerjaya anda kepada United. Semua orang di kelab mendoakan yang terbaik untuk masa depan," kata United dalam satu kenyataan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!