Dua rumah di Jalan Astana musnah terbakar

Pihak bomba sedang berusaha memadam kebakaran.
Pihak bomba sedang berusaha memadam kebakaran.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Dua rumah di Jalan Astana di sini musnah dalam satu kebakaran jam 3.30 pagi tadi.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zamzuri Hasan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.34 pagi.

Katanya, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian kebakaran berkenaan.

No Image Caption

"Kebakaran melibatkan dua rumah kelas A, 90 peratus dan sebuah lagi melibatkan 40 peratus terbakar," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zamzuri, setiba di lokasi kejadian, pihaknya telah mengawal api daripada terus merebak ke kawasan lain.

"Selesai memadamkan api, pihak kami telah melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat di kawasan terjejas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!