Pencapaian baik Sepanyol

Sebahagian pemain Sepanyol meraikan jaringan Morata pada separuh masa pertama. - Foto Phoneweek.co.uk
Sebahagian pemain Sepanyol meraikan jaringan Morata pada separuh masa pertama. - Foto Phoneweek.co.uk
A
A
A

KEJAYAAN mengikat Portugal 1-1 pada aksi Kumpulan B, Liga Negara-Negara UEFA pada Khamis, dilihat sebagai satu pencapaian yang baik buat Sepanyol.

Kenyataan itu disuarakan pengendali skuad La Roja, Luis Enrique yang turut menyifatkan kesemua pemain telah beraksi dengan baik di sepanjang perlawanan, namun mungkin nasib tidak menyebelahi mereka bagi mencatatkan kemenangan.

“Kesemua pemain bermain dengan baik dan ia memberikan peluang kepada kita untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan ini.

“Malah, kita berjaya membuka jaringan pada separuh masa pertama bagi menambahkan lagi keyakinan pemain pada perlawanan berkenaan.

“Bagaimanapun, Portugal berjaya juga menyamakan kedudukan pada penghujung perlawanan dan sekali gus menafikan kemenangan kita,” katanya.

Sepanyol membuka jaringan menerusi Alvaro Morata pada minit ke-25, namun pemain gantian Portugal, Ricardo Horta menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82 bagi memastikan kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi satu mata.

Mengulas lanjut, Enrique mengakui tetap gembira dengan kemenangan berkenaan dan berharap momentum itu dapat diteruskan selepas ini.

“Ya, saya gembira dengan keputusan ini walaupun kita hanya mampu meraih satu mata.

“Kita berpeluang untuk memenangi perlawanan, tetapi ia terlalu sukar untuk mengekalkan rentak konsisten selama 90 minit.

“Tambahan pula kami berdepan dengan pasukan yang diiktiraf sebagai antara pasukan terbaik di dunia ketika ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!