PPS terakhir di Kuala Muda ditutup

Anggota APM Kuala Muda membantu mencuci halaman rumah mangsa banjir di Gurun, pada Khamis.
Anggota APM Kuala Muda membantu mencuci halaman rumah mangsa banjir di Gurun, pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR – Pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kuala Muda iaitu Masjid Pekan Gurun ditutup sepenuhnya pada Jumaat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad, PPS yang menempatkan 619 mangsa dari 149 keluarga sebelum ini ditutup pada jam 1 petang apabila masing-masing telah pulang ke rumah.

“PPS Surau Kampung Sungai Bongkok ditutup sepenuhnya jam 8.30 pagi, manakala PPS Masjid Pekan Gurun pada jam 1 petang.

“Sebelum ini, penduduk dari 11 kampung dan tiga taman di Gurun seperti Kampung Sungai Ibor terjejas akibat banjir pada Khamis,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, jumlah mangsa banjir di daerah Kuala Muda dilaporkan menurun kepada 619 orang membabitkan 149 keluarga berbanding 910 orang daripada 210 keluarga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!