Pemain bola sepak dituduh rogol bebas dengan jaminan polis
KOTA BHARU - Seorang pemain bola sepak liga tempatan yang ditahan pada Isnin kerana disyaki terlibat dalam kes rogol remaja perempuan berusia 18 tahun di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemain tersebut dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 2.30 petang tadi.
"Kertas siasatan berkait dengan kes ini sudah dalam tindakan. Kes ini akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dengan segera dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pada Selasa, media melaporkan polis menahan seorang pemain bola sepak bagi membantu siasatan berhubung kes rogol.
Suspek berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan PCB selepas mangsa membuat laporan polis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!