Tiga maut, kereta api tergelincir di Jerman
![Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman. - Foto msn.com](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/06/03/1795220.jpeg)
BERLIN - Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman dan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penumpang, lapor Xinhua, memetik media tempatan NTV.
Beberapa penumpang lain turut cedera dalam nahas yang berlaku pada Jumaat itu.
Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 12.20 tengah hari waktu tempatan.
Punca kejadian masih disiasat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!