Angka korban meningkat kepada 128 akibat hujan lebat di Brazil

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Angka kematian akibat hujan lebat di Recife, ibu negeri Pernambuco, Brazil, dan kawasan metropolitannya meningkat kepada 128, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.

Sementara itu, lebih 9,300 orang telah dipindahkan dan 34 bandaraya telah mengisytiharkan darurat, lapor Xinhua memetik kenyataan Gabenor Pernambuco Paulo Camara pada sidang akhbar.

Camara menambah bahawa usaha menyelamat telah dihentikan setakat ini.

Hujan lebat melanda Pernambuco sejak minggu lalu dan telah mengorbankan lebih 100 orang, kebanyakan maut akibat kejadian tanah runtuh.

Kerajaan negeri akan memberi pampasan kepada keluarga si mati, manakala mereka yang hilang tempat tinggal dan musnah harta benda akan menerima 1,500 real (kira-kira AS$312).

Hujan turut menjejaskan negeri Sergipe, Alagoas, Paraiba dan Rio Grande do Norte di Brazil. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!