95 peluru, bom tangan ditemui tertanam belakang rumah

95 peluru dan sebutir bom tangan ditemukan di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Selarong, Pengkalan Hulu. - Foto ihsan pembaca
95 peluru dan sebutir bom tangan ditemukan di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Selarong, Pengkalan Hulu. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

PENGKALAN HULU - Seorang penduduk menemui 95 peluru dan sebutir bom tangan ketika menggali lubang di belakang rumahnya di Kampung Selarong di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 4.15 petang itu, lelaki berusia 50 tahun itu sedang melakukan kerja-kerja untuk membesarkan kandang lembunya.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, siasatan mendapati bom berkenaan merupakan bom lama jenis 'hand granade'.

Menurutnya, 95 peluru jenis 7.62mm General Purpose Machine Gun (GPMP) pula ditemui sudah berkarat.

"Tindakan pemusnahan telah dilakukan Sub Unit Pemusnah Bom (UPB) Taiping sekitar jam 10.20 pagi.

"Bom tangan itu berjaya dimusnahkan tanpa sebarang insiden berlaku sama ada melibatkan kehilangan nyawa ataupun kerosakan harta benda," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Zulkepli
Zulkepli

Zulkepli berkata, peluru berkenaan akan dilupuskan oleh Unit Persenjataan (AMRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

"Orang ramai diingatkan agar melaporkan segera kepada pihak polis sekiranya menjumpai sebarang objek mencurigakan atau dipercayai bom.

"Jika menjumpai sebarang objek seperti bom atau bahan letupan mereka diingatkan supaya tidak menyentuh atau mengalihkan, sebaliknya laporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!