Puteri Jepun, Yuriko sambut ulang tahun kelahiran ke-99 pada Sabtu

Puteri Yuriko
Puteri Yuriko
A
A
A

TOKYO - Puteri Yuriko menyambut ulang tahun kelahirannya ke-99 pada Sabtu, meskipun tiada sambutan khas susulan kebimbangan wabak COVID-19 melanda Jepun, Sputnik memetik laporan media tempatan.

Nippon TV melaporkan pada Sabtu Puteri Yuriko, ibu saudara Maharaja Emeritus Akihito kini merupakan kerabat tertua dalam salasilah keturunan Keluarga Diraja Jepun.

Menurut Agensi Rumah Tangga Imperial, puteri itu menetap di Wad Minato Tokyo dan menjalani rutin hidup yang sihat setiap hari.

Puteri Yuriko tidak mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

Pada Mac 2021, baginda menerima rawatan yang singkat di hospital selepas didiagnosis menghidap fibrilasi atrium paroxysmal (degupan jantung yang tidak teratur).- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!