Gempa bumi kuat landa kepulauan Tonga

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter dikesan melanda Kepulauan Tonga pada jam 9.07 malam Sabtu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran berlaku pada kedudukan 690 kilometer (km) Timur dari Laucala, Fiji dengan kedalaman 238 km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!