201 penduduk masuk hospital selepas terhidu bahan kimia di Nigeria

Hospital Pakar Murtala Muhammad. - Gambar hiasan
Hospital Pakar Murtala Muhammad. - Gambar hiasan
A
A
A

KANO (Nigeria) - Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Nigeria (NEMA) berkata, 201 penduduk Kuarters Sharada di Kano dimasukkan ke hospital selepas terhidu bahan kimia daripada silinder yang dirungkai oleh pekerja.

Penyelaras Wilayah NEMA Kano, Nuradeen Abdullahi, memberitahu pemberita bahawa mangsa dikejarkan ke tiga hospital - Hospital Pakar Murtala Muhammad, Hospital Perindustrian Sharada dan Hospital Ja'en, untuk rawatan segera.

Agensi Anadolu melaporkan Abdullahi berkata gas bahan kimia itu terlepas ke udara dan membuatkan mereka yang terhidunya tidak sedarkan diri.

Ketua Pengarah Perubatan Hospital Pakar Murtala Muhammad, Hussaini Muhammad berkata hospital itu menerima lebih 70 mangsa dan 65 daripadanya dalam keadaan stabil.

"Tiga puluh lima mangsa menerima rawatan di Hospital Perindustrian Sharada dan 96 di Hospital Ja’en,” tambahnya.

Menteri Hal Ehwal Kemanusiaan, Pengurusan Bencana dan Pembangunan Sosial Sadiya Faruk, melawat mangsa di hospital dan beliau memuji pengurusan hospital, NEMA dan Palang Merah Nigeria atas bantuan mereka kepada mangsa. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!