Kahwin mungkin hujung tahun: Mya Ruslee

Penyanyi, Mya Ruslee
Penyanyi, Mya Ruslee
A
A
A

PENYANYI dan penyampai radio Best FM, Mya Ruslee, 43, mengakui kini sudah bersedia untuk berumah tangga selepas empat tahun hidup solo.

Jelasnya kepada Sinar Harian ketika hadir untuk sesi Temubual Eksklusif FB LIVE, biarpun belum ada perancangan namun dia mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar.

"Insya-ALLAH, tiada perancangan tetapi adalah saya rasa mahu tamatkan status solo. Kalau dalam masa terdekat kami akan langsungkan.

"Sama ada penghujung tahun ini ataupun tahun depan kita tengok bagaimana.

"Kalau bagus dipercepatkan, lebih baik menghalalkan perhubungan yang belum ada ikatan," katanya.

Katanya, apabila sudah berimej tudung, eloklah sesuatu perhubungan itu dihalalkan untuk mengelak pandangan negatif orang ramai.

"Jadi tidaklah orang keliling akan bertanya dan bercakap, itu yang lebih selesa.

"Harap orang ramai mendoakan, kita tak tahu percaturan ALLAH bagaimana? Rancang esok kalau ALLAH tak tetapkan mungkin ada hari lain.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah setakat ini perhubungan saya dengan dia tiada masalah dua-dua keluarga pun tidak ada halangan, semoga ALLAH permudahkan segalanya," tutur penyanyi Perlu Ada Setia.

Untuk rekod, Mya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 2009 namun berpisah pada Ogos 2015.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!