Ronaldo pemain terbaik dunia

Aksi Ronaldo bertemu Switzerland ketika perlawanan Liga Negara-Negara UEFA pada Isnin.
Aksi Ronaldo bertemu Switzerland ketika perlawanan Liga Negara-Negara UEFA pada Isnin.
A
A
A

PENGENDALI Portugal Fernando Santos sekali menegaskan bahawa Cristiano Ronaldo sebagai antara pemain terbaik dunia selepas kemenangan 4-0 ke atas Switzerland ketika aksi Liga Negara-Negara UEFA pada Isnin.

Santos memuji pemain itu yang tetap membuktikan masih ‘berbisa’ apabila meledak dua gol bagi membantu kemenangan skuad A Selecao walaupun sudah menjangkau usia 37 tahun.

“Apa lagi yang boleh saya katakan mengenai dia (Ronaldo)? Anda semua telah melihat sendiri aksinya hari ini (Isnin).

“Saya sebenarnya tidak tahu apa yang perlu saya katakan, cuma saya mahu mengulangi kenyataan saya bahawa dia merupakan antara pemain terbaik dunia,” katanya.

Untuk rekod, Ronaldo menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-35 dan min-39 setelah William Carvalho membuka jaringan pada minit ke-15.

Satu lagi gol dijaringkan oleh pemain pertahanan, Joao Cancelo pada minit ke-68 untuk mengesahkan kemenangan bergaya Portugal.

Kemenangan bagi aksi Kumpulan B Liga negara-negara UEFA itu menyaksikan Portugal di kedudukan teratas dengan empat mata hasil satu kemenangan dan seri sekali setakat ini.

Mengulas mengenai kemenangan berkenaan Santos berkata, ia sememangnya sesuatu yang sangat diharapkan dalam usaha mengukuhkan kedudukan pasukan dalam Kumpulan B.

Justeru katanya, momentum kemenangan itu perlu berterusan bagi memastikan Portugal mara lebih.

“Sebagai jurulatih, sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ini. Cuma selepas ini, pemain perlu belajar kaedah bagaimana mengekalkan fokus terutama pada separuh masa kedua.

“Kelekaan di penghujung perlawanan seringkali membuatkan kita ‘berputih mata’ apabila terpaksa menerima kekalahan atau terikat dengan keputusan seri dengan mana-mana pasukan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!