Usaha tanah terbiar tingkat makanan negara
KUANTAN - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dicadangkan menggerakkan kempen penanaman padi di kawasan paya terbiar di seluruh negara sebagai usaha meningkatkan tahap sekuriti makanan negara.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, perkara itu perlu dimulakan dalam keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu ketika ini.
"Kalau ada duit pun jadi masalah juga sebab negara pengeluar tidak eksport makanan. Harga komoditi makanan pun melambung tinggi.
"MAFI mesti mencari jalan bagaimana untuk memulakan kempen ini di tanah terbiar untuk tanaman, sayuran dan ternakan," katanya pada Isnin.
Beliau turut memberi contoh usaha menanam padi di paya terbiar yang dilaksanakan di daerah Maran.
“Kita boleh mulakan setahun sekali kemudian meningkatkan infrastruktur secara berperingkat sehingga sempurna. Jika perkara ini dilaksanakan rakyat kita secara tidak langsung ada makanan,” ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!