Guru meninggal dunia di masjid kena serangan jantung

Nik Zulkiflee Nik Yusof
Nik Zulkiflee Nik Yusof
A
A
A

LIPIS - Seorang guru meninggal dunia akibat serangan jantung selepas pengsan di Masjid Baharu Benta di sini pada Ahad.

Mangsa, Nik Zulkiflee Nik Yusof, 48 dalam perjalanan bersama ahli keluarganya dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga dan singgah di masjid tersebut untuk berehat serta solat.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.05 petang daripada pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Benta memaklumkan ada kematian seorang lelaki yang pengsan di Masjid Baharu Benta.

“Mangsa dibawa ke klinik kesihatan berdekatan oleh orang ramai yang berada di masjid itu untuk rawatan.

“Ketika menerima rawatan, guru berkenaan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas di klinik kesihatan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, mangsa merupakan guru di Sekolah Rendah Agama Amalin Puteri, Kota Bharu, Kelantan.

"Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan mayat telah dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan di kampung mangsa," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!