[VIDEO] Penunggang motosikal luar negara 'hentam' Malaysia gagal baiki jalan
SHAH ALAM - Tular sebuah video di media sosial mengenai seorang penunggang motosikal luar negara 'menghentam' pihak bertanggungjawab yang gagal membaik pulih jalan berlubang di negara ini.
Video berdurasi 49 saat itu dikongsi pemilik akaun Twitter @EppyFizul pada Isnin yang memetik perkongsian @landobrotherhood dari aplikasi TikTok.
"Macam tu je pihak yang bertanggungjawab kena 'taruk' dengan rider luar negara pasal tak reti jaga jalan raya di Malaysia," ciapnya hingga menarik perhatian netizen.
Menerusi video berkenaan, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakannya dipercayai melalui sebuah lebuh raya di Peru dan mendakwa jalan raya di negara itu dalam keadaan baik.
"Kami menunggang motosikal bersama penunggang dari Ireland, Amerika, Ecuador dan Venezuela dan mereka ingin tahu apa yang berlaku.
"Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik (sedangkan) tidak ramai orang datang ke sini.
"(Manakala) Pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat sendiri dengan membaiki jalan berlubang. Ini perkara serius, baiki lubang (jalan raya), selamatkan rakyat anda," kata penunggang luar negara itu.
@sinarharianonline "Ini perkara serius, baiki lubang, selamatkan rakyat anda." #fyp#TrendingNewsMalaysia#BuletinTikTok#TikTokNews#JalanBerlubang original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!