Ke mana perginya siswazah kita?

Sebegitu banyak peluang pekerjaan namun masih tidak terisi sepenuhnya. - Foto 123rf
Sebegitu banyak peluang pekerjaan namun masih tidak terisi sepenuhnya. - Foto 123rf
A
A
A

SABAN tahun beribu-beribu siswazah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan harapan jawatan-jawatan kosong dalam pelbagai industri terisi.

Sebegitu banyak peluang pekerjaan namun masih tidak terisi sepenuhnya. Apa sebenarnya yang berlaku?

Ini bukan kali pertama Merak Jalanan mendengar keluhan para majikan yang berdepan kesukaran mendapat pekerja muda untuk jawatan-jawatan tertentu dalam syarikat mereka.

Ada ketika majikan terpaksa mengadakan sesi temu duga beberapa kali setahun kerana calon yang terpilih akhirnya menolak tawaran. Kalau ada yang menerima tawaran kerja pula, seakan tidak betah. Mereka akan terus mencari peluang pekerjaan baharu yang menawarkan gaji lebih lumayan.

Adakah siswazah memilih kerja atau industri pekerjaan sedia ada tidak lagi dapat menarik mereka?

Cuma menurut pendapat peribadi Merak Jalanan, sekurang-kurangnya kumpullah setahun pengalaman barulah beralih ke syarikat baharu kerana pelbagai ilmu dapat diperolehi dalam tempoh itu.

Pengalaman kerja amat penting bukan sahaja untuk diri sendiri, malah ia bakal menjadi portfolio individu dalam perkembangan karier mereka.

Bagi Merak Jalanan yang sudah berkecimpung dalam industri media selama beberapa tahun ini juga seakan keliru dengan kehendak anak muda sekarang.

Merak Jalanan bukannya memukul rata mengatakan semua siswazah sebegitu.

Di tempat kerja Merak Jalanan sendiri, kebanyakan siswazah yang baru pertama kali bekerja menunjukkan minat mendalam dalam bidang media.

Biarpun kerja tidak popular namun peranan yang dimainkan amat besar dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca.

Walau apa pun diharap masih perlu ada satu usaha yang lebih proaktif dapat dilakukan bagi memastikan kehendak industri dapat dipenuhi dan siswazah kita mendapat pekerjaan yang baik demi masa depan mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!