Cabaran Jelajah Remaja Elit di tiga negeri bermula esok
SEBANYAK 14 negeri akan bersaing pada Kejohanan Badminton Jelajah Remaja Elit (JET) 2021 dengan Perak, Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing menjadi tuan peringkat kumpulan pada pusingan kedua melibatkan kategori pemain lelaki dan wanita bawah 12, 14 dan 16 tahun bermula esok.
Kumpulan A terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan manakala Kumpulan B melibatkan Putrajaya, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor sementara Kumpulan C melibatkan Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.
Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Khairuddin Samad, dalam kenyataan pada Selasa, berkata, kejohanan itu merupakan platform terbaik dalam usaha melahirkan pemain berkualiti dalam kalangan pemain muda di negara ini.
Sebelum ini, Johor muncul juara keseluruhan pusingan pertama pada Mei lalu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!