Malaysia kutuk serangan gereja di Ondo, Nigeria

Lebih 50 orang terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah gereja tempatan, pada Ahad lapor media Nigeria.
Lebih 50 orang terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah gereja tempatan, pada Ahad lapor media Nigeria.
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata ke atas Gereja Katolik St. Francis di Ondo, Nigeria pada Isnin yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab atas perbuatan keji ini dibawa ke muka pengadilan.

"Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Nigeria, terutama buat keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan itu.

"Malaysia menolak sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau," menurut kenyataan itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!